Monday, November 2, 2009

exam first!!!!!!!!!!

Semalam 1hb /11 / 2009....

hari bersejarah dalam idop miszz pejai, ari pertama bagi sem5 ni misz pejai g exam...yehaaa...tp ade kemuskilan sangat...

nape erkkk misz pejai xrase berdebar semalam..jawab paper fotografi 2 macam xder perasaan je, tp alhamdulilah sume ok...jawab boleh betol tataw..hak3

misz pejai gak hepi dgn idop misz pejai sekarang...enjoy!!!!!!!!!..tol kate owg ape yg kita anggap baik tok kita sebenarnya bukan yg terbaik tok kita. ALLAH SWT tahu ape yg terbaik tok kita....n insyallah biarlah miszz pejai dengan kebahagiaan yang ditentukan oleh Allah ini...

Sunday, November 1, 2009

1 more note!!!!!!!!!!!

CIRI-CIRI DAN KOMPONEN KAMERA DIGITAL

1) Sudut pandangan:

Sebahagian model mempunyai sudut pandangan optik yang tidak bersambungan dengan lensa. Terdapat juga model yang menggunakan monitor ‘liquid crystal display’ (LCD) yang membolehkan pemerhati memeriksa gambar yang telah di ambil. Walaupun sudut pandangan cermin pada SLR adalah cara yang terbaik untuk melihat gambar apa yang ditangkap, terdapat juga kebaikan menggunakan ‘live LCD viewfinder’. Antara kebaikannya adalah kepelbagaian untuk mengubah posisi LCD, membolehkan gambar diambil dari sudut yang unik.









2) Lensa zoom:

Lensa dibahagi kepada beberapa jenis mengikut panjang fokus. Focal lengths yang pendek (dari 12 kepada 35mm) dinamakan ‘wide-angle’; panjang 35 kepada 60mm adalah normal; dan panjang melebihi 60mm dinamakan telephoto.
a) Lensa ‘Wide-angle’
Lensa Wide-angle sangat berguna untuk imej biologi dimana gambar dapat di ambil untuk sudut yang lebih luas. Untuk kegunaan lain, lensa ini juga berguna untuk mengambil gambar objek dalam kawasan yang sempit. Antara lensa Wide-angles adalah lensa ‘mata ikan’ yang dapat melihat 180o sehingga lensa bagi lingkungan 28mm.
Sebahagian lensa wide-angle adalah rectilinear, di mana ia adalah direka khas untuk mengurangkan circular distortion yang sering kali dikaitkan dengan lensa wide-angle. Lensa Wide-angle biasanya adalah padat dan ringan. Walau bagaimanapun, masalah yang perlu di ambil perhatian adalah pengembangan lensa, di mana lensa bertindak mengambil refleksi dalaman matahari atau punca cahaya lain.







Masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan komposisi imej dan menggunakan penutup lensa(yang mana turut meningkatkan ketajaman imej dengan mengurangkan punca cahaya yang tidak diperlukan). Masalah lain yang sering dialami adalah kemasukan objek lain yang tidak diperlukan (seperti gambar kaki pemerhati) di dalam gambar.

a) Lensa normal
Lensa normal kini mempunyai 35-80mm range. Lensa ini adalah fleksibel, memberikan kualiti yang baik bagi fast film. Lensa ini mempunyai sudut pandangan sebanyak 46o, menghampiri sudut pandangan mata manusia. Selain itu, lensa ini juga adalah pantas (pembesaran maksimum apertur), berkualiti tinggi (pada harga yang berpatutan), padat dan ringan. Walau bagaimanapun, lensa jenis ini tidak begitu berguna bagi imej biologi.





b) Lensa Telephoto








Lensa Telephoto mempunyai sudut pandangan yang lebih kecil menyebabkan bjek jauh kelhatan besar. Sudut pandangan adalah diantara 30o bagi lensa 85mm hingga 4o bagi lensa 600 mm.


d) Lensa zoom
Lensa ini mempunyai panjang fokus yang pelbagai. Walaupun lensa ini adalah lebih berat berbanding lensa asas, lensa yang perlu dibawa hanyalah satu sahaja. Malah ia adalah lebih pantas untuk zoom in atau out subjek menggunakan lensa zoom berbanding bertukar-tukar lensa. Selain itu, pengguna juga tidak terhad kepada julat zoom. Namun begitu, kelemahan bagi lensa ini adalah keberatannya dan ketajaman imej yang terhasil tidak sebaik lensa asas.



28-138mm Zoom 19-35mm Zoom 100-300mm Zoom



e) Lensa Makro
Lensa Macro mengumpulkan beberapa panjang fokus. Panjang fokus yang lebih luas akan memberi jarak yang besar - jarak di antara hujung lensa dan subjek. Ini akan memudahkan pencahayaan dan memberi peluang yang baik untuk subjek tertentu. Kelemahan lensa ini adalah ia lebih berat dan besar dan bagi nilai yang sama, lensa yang lebih pendek akan memberi pembesaran aperture maksimum.


3) Digital zoom:

Ciri ini menggunakan software untuk membesarkan imej secara digital, namun begitu, hasilnya adalah tidak begitu memuaskan.


4) Resolusi:

Semakin tinggi resolusi, adalah lebih baik. Pengubahsuaian resolusi kepada resolusi yang rendah membolehkan lebih banyak gambar disimpan. Namun begitu, kualiti gambar akan berkurangan apabila gambar dibesarkan




5) Memori:

Semakin besar memori, semakin baik bagi pengguna. Sebahagian model menggunakan built-in memory dan perlu disambung kepada PC menggunakan kabel untuk muat turun dan penyimpanan gambar. Pada masa kini, kebanyakan kamera menggunakan removable memory yang bukan sahaja tidak memerlukan penggunaan kabel, tetapi memudahkan pengguna dengan hanya memerlukan pengguna membawa cip memori semasa ke lapangan.








6) Flash :

Flash membenarkan cahaya yang terang kepada subjek dan untuk membekukan aksi yang sangat pantas.. Sebahagian kamera mempunyai ‘built-in flash’, manakala sebahagiannya menggunakan ‘regular camera flashes’. Built-in flashes menyebabkan anemic dan menyebabkan masalah mata merah, tetapi kamera digital tidak memerlukan banyak cahaya seperti kamera filem biasa.
Unit flash terdiri dari tiub berisi xenon dan peralatan elektrik yang membekalkan tiub tersebut dengan arus elektrik yang tinggi. Unit flash boleh dibahagi kepada beberapa jenis:

a) ‘On camera flash’


Flash jenis ini direka sebagai sebahagian dari kamera. Walaupun ciri ini memudahkan tetapi ia mempunyai beberapa kelemahan seperti berat kamera bertambah, flash tidak dibekalkan tenaga secukupnya, tenaga flash dikongsi dengan bateri kamera menyebabkan kuasa bateri habis dengan cepat, kedudukan flash yang dekat kepada lensa menyebabkan masalah mata merah pada gambar



b) ‘Hot-shoe mount flash’

Kelemahan flash jenis ini adalah ia besar dan berat memandangkan ia menggunakan bateri yang tersendiri. Selain itu, ia mempunyai beberapa kelebihan dimana ia kurang mengalami masalah mata merah (disebabkan jarak yang jauh dari lensa), dan ia lebih fleksibel kerana ia disambung menggunakan wayar atau secara tanpa wayar.

c) Macro ring flash

Jenis ini meletakkan ‘flash head’ disekeliling lensa. Flash jenis ini boleh menerangkan objek pada jarak yang dekat tetapi ia tidak berkesan bagi objek jauh walaupun beberapa kaki. Ia juga mudah menyebabkan masalah mata merah. Ia juga menggunakan bateri sendiri.
7) NTSC Video Out:

Ciri ini membolehkan pengguna menunjukkan gambar atau memainkan filem pendek pada televisyen. Ciri ini adalah sangat berguna memandangkan terdapat lebih banyak televisyen dan VCR (selain mudah didapati) berbanding computer.


8) Mikrofon :

Sebahagian kamera mempunyai ‘built-in microphone’ dan boleh merekodkan suara disamping imej.


9) Sambungan computer:

Walaupun kebanyakan kamera mempunyai pemindahan memori , sebahagiannya mempunyai keupayaan untuk bersambung kepada komputer. Antara sambungan kepada komputer adalah sambungan bersiri, IR (wireless), sambungan selari , USB, PCMIA atau IEEE 1394 (firewire).




Rujukan
Gambar dipetik dari laman web:-http//en.wikipedia.org/wiki/Digital-camera







LAMPIRAN


Kamera dan filem

Kamera klasik. DC5O merupakan kamera digital pertama keluaran Kodak. Boleh memuatkan hanya 24 imej di dalam memori.













Kad memori

nota fotografi...gudluck sume!!!!!!!!!!!!!!

KOMPOSISI

Sewaktu ingin mengambil gambar terdapat berbagai benda di sekelaing kita ia itu elemen. Mana satu elemen yang terpilih untuk diambil gambar dinamakan subjek gambar.

Komposisi ialah:

• Penerangan atau panduan meletakkan subjek ke dalam ruang gambar.
• Elemen-elemen dalam rekabentuk gambar yang memainkan peranan penting untuk menarik perhatian atau menyentuh perasaan. Umpamanya warna, bentuk, garisan, tone, pusat perhatian atau fokus rule of third, susunatur – mudah dan ringkas, latarbelakang, latar depan, keseimbangan, kedalaman gambar, mendatar atau menegak, sudut penggambaran.


Panduan untuk mendapat komposisi gambar yang baik

• Jangan tempatkan subjek di tengah-tengah gambar
• Jangan tempatkan subjek terlalu ke tepi
• Susunkan cahaya dan bayang-bayang supaya kontras lebih kepada tempat tumpuan.
• Bahagikan format gambar kepada 3 bahagian sama ada menegak atau melintang. Ini akan menerbitkan apa yang dikataakan ‘4 magical point’. Tempatkan subjek dekat dengan mana-mana point itu. Ini juga dikenali sebagai ‘rule of third’
• Gambar yang betul-betul di tengah akan kelihataan kurang menarik.
• Mata akan lebih tertarik kepada garisan-garisan yang membentuk sudut tepat.
• Garisan-garisan selari yang wujud sama ada menegak atau melintang akan membawa pandangan mata keluar dri gambar.
• Jangan sekali-kali susun subjek dengan teratur atau secara terlalu formal antara satu sama lain. Elakkan ada ruang-ruang yang sama besar antara tiap-tiap subjek. Kecuali jika kita memng berhajat mengambil gambar yang formal – gambar kelas, persatuan.
• Jangan mengambil gambar tepat di depan muka (head-on)
• Apa juga yang ada dalam gambar hendaklah ada kena mengena dengan subjek utama.
• Hapuskan latarbelakang atau yang ada di hadapan subjek jika ia tidak ada kena mengena aatau tidak perlu. Ini dapat dilakukan dengan mengubah sudut pandangan atau dengan mengawal bidang fokus pada kamera.
• Jangan masukkan terlalu banyak bahan ke dalam gambar.







• Jika ada satu-satu titik dalam gambar, ia akan menarik perhatian mata – tarikan bergantung kepada:

i. Saiz titik itu
ii. Bentuknya
iii. Komposisi atau di mana ia berada
iv. Kontras.

• Segala titik dalam gambar akan lebih menarik perhatian
• Subjek utama harus lebih nyata atau lebih menarik perhatian – saiz, kontras dan posisinya.
• Segala elemen dalam gambar hendaklah mengikut aliran dan berhenti pada subjek utama. Jangan ada elemen yang memecahkan aliran itu dan mengganggu pandangan mata kepadanya.
• Kaki langit hendaklah diletakkan kira-kira satu pertiga di atas atau di bawah gambar.
• Mata akan mengikut arah cahaya dari kawasan gelap kepada kawasan terang.
• Jika ada orang atau benda bernyawa sebagai subjek di dalam gambar, hendaklah diberikan lebih kawasan. Ini terkecuali jika mengambil gambar ‘close-up’ untuk potret.
• Berikan kawasan atau ruang yang lebih kepada bahagian hadapan tempat pergerakan atau ke arah pandangan mata. Ada kalanya ruang yang dibelakang diberikan lebih untuk menunjukkan satu pergerakan yang laju seperti lumba kereta.
• Jika mengambil gambar yang bergerak atau subjek yang bergerak, selalunya pergerakan itu dari kiri ke kanan
• Kawasan yang terang atau gelap di dalam gambar, jangan di bahagi sama banyak.
• Elakkan tompok-tompok yang berbaris.
• Jika terdapat titik-titik berwarna putih pada latar belakang hitam atau titik hitam pada latarbelakang putih yang terletak jauh dari subjek utama, ia akan lebih menarik perhatian.
• Jika terdapatr garisan-garisan yang terkeluar daripada gambar, mesti dapatkan sesuatu yang boleh memintas atau memotongnya.
• Sedapat-dapatnya susunkan subjek yang lebih daripada satu masuk melalui penjuru bawah di sebelah kiri atau kanan










Panduan dan teknik memokus

• Apabila hendak mengambil gambar sesuatu subjek yang sedang bergerak – fokus kepada satu titik dihadapan subjek terlebih dahulu. Tekan pelepas shutter sebaik sahaja subjek hendak melintasi titik fokus tersebut.

• Jika kebanyakan hasil gambar anda kabur, maka perlu dibuat pemeriksaan mata.

• Apabila merakam gambar potret, fokus pada mata model.

• Jika merakam gambar subjek seperti gelas, bunga dan seumpamanya fokus pada kawasan terdekat dengan lensa.

• Untuk gambar yang baik

i. Sudut penggambaran ialah dari atas, paras mata, kamera mendongak
ii. Memidang – perspektif, kaki langit, garisan selari/ground line.

• Jika merakam gambar dalam keadaan gelap, di hutan waktu malam, guna sumber cahaya seperti lilin atau lampu picit sebagai titik fokus.






DR. MOHD. ARIF HJ. ISMAIL
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi.

Tel: 013 3522 300
Emel: mdarif@ukm.my