Sunday, November 1, 2009

nota fotografi...gudluck sume!!!!!!!!!!!!!!

KOMPOSISI

Sewaktu ingin mengambil gambar terdapat berbagai benda di sekelaing kita ia itu elemen. Mana satu elemen yang terpilih untuk diambil gambar dinamakan subjek gambar.

Komposisi ialah:

• Penerangan atau panduan meletakkan subjek ke dalam ruang gambar.
• Elemen-elemen dalam rekabentuk gambar yang memainkan peranan penting untuk menarik perhatian atau menyentuh perasaan. Umpamanya warna, bentuk, garisan, tone, pusat perhatian atau fokus rule of third, susunatur – mudah dan ringkas, latarbelakang, latar depan, keseimbangan, kedalaman gambar, mendatar atau menegak, sudut penggambaran.


Panduan untuk mendapat komposisi gambar yang baik

• Jangan tempatkan subjek di tengah-tengah gambar
• Jangan tempatkan subjek terlalu ke tepi
• Susunkan cahaya dan bayang-bayang supaya kontras lebih kepada tempat tumpuan.
• Bahagikan format gambar kepada 3 bahagian sama ada menegak atau melintang. Ini akan menerbitkan apa yang dikataakan ‘4 magical point’. Tempatkan subjek dekat dengan mana-mana point itu. Ini juga dikenali sebagai ‘rule of third’
• Gambar yang betul-betul di tengah akan kelihataan kurang menarik.
• Mata akan lebih tertarik kepada garisan-garisan yang membentuk sudut tepat.
• Garisan-garisan selari yang wujud sama ada menegak atau melintang akan membawa pandangan mata keluar dri gambar.
• Jangan sekali-kali susun subjek dengan teratur atau secara terlalu formal antara satu sama lain. Elakkan ada ruang-ruang yang sama besar antara tiap-tiap subjek. Kecuali jika kita memng berhajat mengambil gambar yang formal – gambar kelas, persatuan.
• Jangan mengambil gambar tepat di depan muka (head-on)
• Apa juga yang ada dalam gambar hendaklah ada kena mengena dengan subjek utama.
• Hapuskan latarbelakang atau yang ada di hadapan subjek jika ia tidak ada kena mengena aatau tidak perlu. Ini dapat dilakukan dengan mengubah sudut pandangan atau dengan mengawal bidang fokus pada kamera.
• Jangan masukkan terlalu banyak bahan ke dalam gambar.







• Jika ada satu-satu titik dalam gambar, ia akan menarik perhatian mata – tarikan bergantung kepada:

i. Saiz titik itu
ii. Bentuknya
iii. Komposisi atau di mana ia berada
iv. Kontras.

• Segala titik dalam gambar akan lebih menarik perhatian
• Subjek utama harus lebih nyata atau lebih menarik perhatian – saiz, kontras dan posisinya.
• Segala elemen dalam gambar hendaklah mengikut aliran dan berhenti pada subjek utama. Jangan ada elemen yang memecahkan aliran itu dan mengganggu pandangan mata kepadanya.
• Kaki langit hendaklah diletakkan kira-kira satu pertiga di atas atau di bawah gambar.
• Mata akan mengikut arah cahaya dari kawasan gelap kepada kawasan terang.
• Jika ada orang atau benda bernyawa sebagai subjek di dalam gambar, hendaklah diberikan lebih kawasan. Ini terkecuali jika mengambil gambar ‘close-up’ untuk potret.
• Berikan kawasan atau ruang yang lebih kepada bahagian hadapan tempat pergerakan atau ke arah pandangan mata. Ada kalanya ruang yang dibelakang diberikan lebih untuk menunjukkan satu pergerakan yang laju seperti lumba kereta.
• Jika mengambil gambar yang bergerak atau subjek yang bergerak, selalunya pergerakan itu dari kiri ke kanan
• Kawasan yang terang atau gelap di dalam gambar, jangan di bahagi sama banyak.
• Elakkan tompok-tompok yang berbaris.
• Jika terdapat titik-titik berwarna putih pada latar belakang hitam atau titik hitam pada latarbelakang putih yang terletak jauh dari subjek utama, ia akan lebih menarik perhatian.
• Jika terdapatr garisan-garisan yang terkeluar daripada gambar, mesti dapatkan sesuatu yang boleh memintas atau memotongnya.
• Sedapat-dapatnya susunkan subjek yang lebih daripada satu masuk melalui penjuru bawah di sebelah kiri atau kanan










Panduan dan teknik memokus

• Apabila hendak mengambil gambar sesuatu subjek yang sedang bergerak – fokus kepada satu titik dihadapan subjek terlebih dahulu. Tekan pelepas shutter sebaik sahaja subjek hendak melintasi titik fokus tersebut.

• Jika kebanyakan hasil gambar anda kabur, maka perlu dibuat pemeriksaan mata.

• Apabila merakam gambar potret, fokus pada mata model.

• Jika merakam gambar subjek seperti gelas, bunga dan seumpamanya fokus pada kawasan terdekat dengan lensa.

• Untuk gambar yang baik

i. Sudut penggambaran ialah dari atas, paras mata, kamera mendongak
ii. Memidang – perspektif, kaki langit, garisan selari/ground line.

• Jika merakam gambar dalam keadaan gelap, di hutan waktu malam, guna sumber cahaya seperti lilin atau lampu picit sebagai titik fokus.






DR. MOHD. ARIF HJ. ISMAIL
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi.

Tel: 013 3522 300
Emel: mdarif@ukm.my

No comments: